CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 10, 2008

Untuk Tatapan Bersama....

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan…. Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.


Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam.

Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.


Sekuat manakah kita dalam mengharungi ini?

Ya Tuhan, berilah saya kekuatan....

Tuesday, July 1, 2008

Memimpin Dengan Teladan??

Ketua boleh pergi supper & enjoy; timbalan ketua pula kena cover semua.....
Ketua boleh tidur sampai jam 9am; timbalan ketua pula 2 hari X tidur.....
Ketua asyik tangguhkan kerja; timbalan ketua pula yang kena bagi arahan....
Ketua boleh tinggalkan office sesuka hati; timbalan ketua pula kena marah walaupun hanya keluar sebentar....

Inikah sikap pemimpin kita pada hari ini? Tidakkah pemimpin begini berasa malu atas tindakan mereka? Kalau inilah keadaannya, mengapa timbalan ketua tidak diberi peluang untuk memegang jawatan ketua tersebut? Ketua bermakna orang berkenaan mempunyai tanggungjawab yang lebih berat & perlu lebih teliti dalam mengetuai pasukannya... Kalau ketua sendiri X sanggup nak kerja lebih & berkorban lebih, apa bezanya ketua ini dengan orang-orang bawahannya? Apakah kualiti yang ditunjukkan oleh ketua ini yang melayakkan dia untuk dipilih sebagai seorang ketua? Mengapa pula yang kurang kualiti itu diberi keutamaan sedangkan kualiti orang bawahan lebih baik? Hairan... Hairan.... Adakah ini melibatkan kepentingan mana2 pihak? Biarlah Tuhan saja yang tahu..... Tuhan yang bakal menetukan halal haramnya sesuatu tindakan itu.... Orang yang selalu berbicara tentang halal haram ini X semestinya mengamalkan apa yang diucapkan....

Pemimpin-pemimpin sekalian, disiplinkanlah diri anda.... Tunjukkan kepada anak-anak buah anda bahawa anda sememangnya layak sebagai seorang ketua.... Ingatlah bahawa anda akan diragui, tidak dipercayai dan tidak diikuti jika anda gagal memperoleh keyakinan pengikut anda. Oleh itu, jadilah contoh yang terbaik kepada mereka di sekeliling anda. Di sinilah kunci disiplin yang menghasilkan kepimpinan melalui teladan. Kuasai diri anda kerana “Manusia tanpa watak pemutus tidak akan dapat memiliki dirinya selamanya… Dia dimiliki oleh mana-mana keadaan yang menguasainya.” Memetik kata Plato, “Kemenangan pertama dan terbaik ialah menguasai dan menakluk diri anda.”