CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 7, 2008

Guru PELITA HIDUP!!!!!!

Profession perguruan......
1 profession yang pernah 1 masa dulu dianggap sebagai profession yang paling agung dalam kehidupan manusia.....
Kini, di manakah terletaknya kedudukan guru di mata masyarakat?
Dan para guru, adakah semua guru bersama-sama memartabatkan profession ini?
Sebulan praktikal di sekolah, banyak perkara yang dipelajari, samada dari guru-guru senior ataupun para pelajar.....
Guru-guru senior banyak berkongsi pengalaman, para pelajar pula banyak mengajar erti kesabaran dan kekreatifan.....
Apa yang ingin dikongsikan di sini, bukannya masalah pelajar; sebaliknya adalah berkenaan guru itu sendiri....
Berapa orang guru yang sudi untuk mengajar apatah lagi memberikan perhatian kepada kelas-kelas akhir?
Kita sering kali merungut tentang pelajar-pelajar di kelas-kelas akhir yang kurang memberi kerjasama dalam kelas, malas belajar, kurang menghantar kerja rumah dan lain-lain lagi.....
Salah siapakah ini??
Adakah salah pelajar semata-mata?
Bagaimana pula dengan guru?
Adakah guru berusaha untuk membantu pelajar-pelajar ini?
Atau pelajar-pelajar ini terus diabaikan hanya kerana mereka berada di kelas akhir?
Pelajar yang berada di kelas akhir tidak semestinya menunjukkan mereka malas untuk belajar atau bodoh....
Mereka juga insan biasa yang turut inginkan kejayaan dalam hidup mereka....
Namun jika mereka diabaikan begitu sahaja, tidakkah masa depan mereka terpadam begitu sahaja?
Memetik kata-kata PK 1 dalam mesyuarat guru-guru sekolah 3 minggu lepas: kalau anda ingin anak anda diajar dengan baik oleh guru lain, maka ajarlah anak orang lain dengan baik juga....
Kata-kata ini terpahat di jiwa sehingga sekarang, selaras dengan prinsip yang dipegang selama ini....
Maka, walaupun diberikan kelas akhir, amatlah diharapkan agar guru-guru yang telah diberi amanah untuk memberikan komitmen sepenuhnya dan bukannya melepaskan tanggungjawab begitu sahaja dengan alasan yang tidak munasabah.....
Jika perkara yang berterusan berlaku, tidak mustahil untuk profession perguruan yang selama ini dianggap agung dicemari dengan kritikan-kritikan dan tomahan-tomahan yang tidak sepatutnya.....
Profession perguruan adalah tanggungjawab guru-guru semua.....
Semoga profession ini terus bersinar dan menerangi hidup masyarakat, walaupun mungkin diri merasa hangat dan terbakar oleh api pelita yang menyala....
Profession yang saya sayangi......

0 comments: