CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 23, 2008

Always Put Yourself Into Other's Shoes

Letakkan diri anda di posisi orang lain!!!!
Mengapa????
Tanpa perasaan 'sympathise' ini, seorang pemimpin Xkan ke mana......
Saya berikan beberapa contoh:
1. Seorang pegawai membiarkan pelajar menunggu 2 jam untuk mendapatkan tandatangan. Sekiranya posisi ini diterbalikkan, pegawai tersebut menjadi pelajar & pelajar berkenaan menjadi pegawai. Pelajar yang menjadi pegawai ini melakukan perkara yang sama terhadap pegawai yang menjadi pelajar sekarang. Apa perasaan pegawai yang menjadi pelajar tu??? Sanggupkah dia menunggu begitu lama???
2. Pelajar disuruh berjalan kaki ke beberapa tempat namun tanpa carta yang tersusun. Contohnya, pelajar pergi ke SST dari SSMP, dari SST pergi ke Masjid, dari Masjid pergi ke SPsiKS. Lebih teruk lagi, pelajar bergerak dari DKP ke IBTP, kemudian ke pintu utama seterusnya ke Canselori semula. Pelajar terpaksa melalui jalan yang sama beberapa kali & berulang alik di tempat yang sama. Mengapa carta ini tidak disusun cara SSMP - Masjid - SST - SPsiKS, ataupun pintu utama - DKP - Canselori - IBTP? Bukankah ini lebih tersusun, lebih menyenangkan & menjimatkan masa? Andai pihak penganjur yang berada di pihak pelajar, mampukah mereka menghabiskan task ini???
3. Memarahi orang lain tanpa usul periksa. Lebih teruk lagi dengan kata-kata kesat. Jika anda yang dimarah sedemikian rupa, apa perasaan anda?
4. Memimpin secara diktator. Keputusan dalam organisasi bukan dibuat secara demokratik, orang bawahan tidak dapat membantah walaupun dengan niat yang baik. Bukankah kita hidup di negara demokratik? Andainya yang memimpin cara diktator ini suatu hari nanti dipimpin oleh seorang pemimpin diktator juga, apa yang akan terjadi???
5. Kerja sikit tapi harapkan pujian yang menggunung. Baru kerja 1 malam sikit dah menunjuk-nunjuk kononnya kuat kerja. Kerja sendiri X siap tapi menyibuk kerja orang lain. X fikir orang-orang bawahnya dah beberapa hari X tidur untuk menyiapkan kerja-kerja yang dia sendiri X selesaikan. Jika orang ini kelak dipimpin oleh seseorang yang berperangai sama sepertinya, barulah dia akan faham perasaan orang bawahan yang teraniaya.....
6. Tidak menghormati & menghargai kerja orang lain. Seorang yang hanya pandai memberikan komen & mengutuk kerja orang lain, namun sendiri pula langsung tidak melakukannya, apalah gunanya? Ada yang lebih mendukacitakan lagi, hanya menjadi kawan apabila ada kepentingan. Apabila Xda apa-apa masalah, lalu sebelah bahu pun buat X kenal. Namun apabila perlukan bantuan, ayat bukan main manis. Setelah bantuan diberikan, kacang lupakan kulit lagi. Manusia jenis apa nie? Jika dia bertemu dengan orang lain yang lebih dasyat darinya, maka kita bersedia untuk menonton wayang saja la.....
7. Menyuruh orang lain membeli barang-barang pada last minute, terutamanya lewat malam. Ada seorang pelajar perempuan disuruh untuk membeli tepung pada malam-malam buta. Di mana nak cari tepung malam-malam buta? Dah jam 2am lagi tu. Selain tepung, diminta beli McDonald & KFC. Kalau setakat McDonald, ok lagi, coz di KF sahaja, tapi KFC? Terpaksa pergi sampai di KK. Bukankah itu menyusahkan namanya? X bolehkah kita cuba untuk memudahkan kerja orang lain? Jika anda menjadi orang yang disuruh itu, apa akan anda buat?


Apa orang kata, PADAN MUKA!!! Adakah masa itu barulah kita nak sedar??? Matlamat untuk membuat sesuatu tu mungkin baik, namun tanpa approach yang sesuai & tidak tahu untuk memikirkan orang lain, matlamat yang murni itu sebaliknya akan menjadi satu barah untuk orang lain membenci anda.... Kebaikan yang orang lain tunjukkan, janganlah dipijak @ dipergunakan..... Orang yang berdiam diri X bermakna dia bersetuju dengan apa yang dikatakan..... Orang yang X melawan X bererti perasaannya X terguris...... Orang yang X menitiskan air mata X bermakna dia terluka dengan tindakan anda......

Tun Dr. Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu;

  • Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang2nya tidak bercakap besar.
  • Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
  • Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
  • Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
  • Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
  • Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
  • Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

Tun Dr. Mahathir berkata TIDAK KIRA BETAPA SESEORANG ITU CUBA MEMPAMERKAN KUALITI & CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK, IA BUKAN JAMINAN YANG MEREKA TIDAK MELAKUKAN KESILAPAN. Dan begitu juga, TIDAK KIRA BERAPA BANYAK YANG KITA BELAJAR MENGENAI KUALITI UNTUK MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK, MASIH TIDAK MUSTAHIL YANG KITA MEMILIH PEMIMPIN YANG SALAH.


Akhir sekali, sebagai seorang pemimpin, fikirkanlah orang bawahan anda. Tanpa mereka, siapalah anda??? Walaupun anda adalah seorang pemimpin @ ketua, itu X bermakna anda hebat.... Mungkin di kalangan orang bawahan anda, ada yang lebih hebat dari anda.... Cuma dia memilih untuk 'low profile'... Tidakkah anda berasa malu untuk memalukan diri sendiri??? Ingatlah, dunia ini bulat... TUHAN MAHA ADIL & SAKSAMA.... Bagaimana anda melayan orang, begitulah anda akan dilayan.... Anda melakukan kejahatan kepada orang lain, andai tidak dibalas pada diri anda, anak cucu anda yang akan terima balasannya nanti.... JIKA ANDA INGIN DILAYAN SEPERTI RAJA, LAYANLAH ORANG LAIN SEPERTI RAJA; JIKA ANDA TIDAK INGIN MENJADI HAMBA, JANGANLAH ANDA MEMPERHAMBAKAN ORANG LAIN.....

Tidak Peduli seberapa banyak kekayaan anda dan seberapa tinggi jabatan anda atau seberapa tinggi pendidikan anda, anda tetaplah bukan siapa-siapa sampai anda berfikir dan berbuat seperti orang besar yang telah berhasil mengukir sejarah dengan gemilang

( Agus Al Muhajir )

2 comments:

entre_mppums said...

hey siter..cool down..actually this matter is alre wll known among us..We can see this in MPP themselves s well..This is why sometimes we need to keep reminding ourselves that we r not the boss everytime..alws have to think abt others..PEACE,CARE and LOVE..

Guang Ming said...

Sokong...
perjuangan yang belum selesai...