Saya pasti anda pernah mendengar dengan perkataan ini ‘ Cakap bikin- bikin” ? Saya berfikir dan berfikir terus mengenai hal ini , mengapa tajuk ini selalu dikaitkan dengan seseorang yang suka bercakap kosong , tetapi semua perkataan yang diucapkannya hanyalah tin kosong , yang tidak berharga , biasanya kalau tin yang berisi , orang ketuk tidak berbunyi ( Berbunyilah tetapi tidak macam tin kosong bunyinya) tetapi tin kosong bila diketuk , bunyinya boleh didengar oleh orang yang berada di sekitar 3 KM daripada anda..... Antara pemimpin yg boleh dikaitkan dengan 'gelaran' ini:
1.Pemimpin yang berjanji tetapi tidak menunaikan janji.
2. Pemimpin yang beriya-iya berucap membela bangsa tetapi sebenarnya merekalah yang "menjual maruah" kepada orang lain.
3. Pemimpin yang mahu menghapuskan kegiatan pembalakan haram tetapi hasil kekayaan balak masuk ke poket mereka.
4. Pemimpin yang mahu memastikan pencemaran tidak berlaku tetapi rakyat terus menderita dengan air kotor, rumah berhabuk dan bau busuk.
5. Pemimpin yang mahu memajukan ekonomi bangsa tetapi mereka menutup mata apabila dipinta.
6. Pemimpin yang melindungi pemilik CTOS, tetapi rakyat yang menderita dan terseksa.
7. Pemimpin yang tidak mempunyai roh bangsa tetapi berlagak seolah-olah dialah pejuang utama bangsa.
8. Pemimpin yang mendapat peruntukan untuk sesuatu projek tetapi sebahagian besar peruntukan tidak disalurkan untuk projek berkenaan sebaliknya masuk poket sendiri.
Orang yang berkata-kata kosong umpama kerbau yang menanduk bukit, akhirnya tanduk sendiri patah..... Berapa orang yg benar-benar melaksanakan apa yg diucapkan?? Berapa orang yg mengucapkan apa yg dilaksanakan?? Orang kata, pandang dulu diri sendiri sebelum berkata orang lain... Kalau X, diri sendiri yg malu.... Kalau nak tegur tentang disiplin orang, tengok dulu disiplin sendiri sempurna ka X.... Kalau nak menegur sikap orang, tengok dulu sikap sendiri cukup syarat @ X.... Kalau diri sendiri X sempurna, jangan berlagak pandai... Janganlah JARUM DI SEBERANG LAUT NAMPAK, KAYU BALAK DEPAN DIRI SENDIRI X NAMPAK....
Siapa yang makan cili, dialah yang berasa pedas. Kecualilah mereka yang telah membuat pembedahan plastik terhadap lidah, bibir dan dinding mulut mereka, yang sudah tidak mempunyai deria. Berubahlah demi kepentingan bangsa, agama dan negara.... Kalau X, bila Malaysia nak maju? Wawasan 2020 hanya tinggal impian yang X tergapai nanti.........
马华·补选
6 years ago

2 comments:
Saya setuju dgn pandangan awak pasal hal cakap2 tu. Saya rase org yg sebegini mmg xlayak utk memimpin selagi diri sendiri pun xmampu nak dipimpin. Pandai ckp xguna kalau keje pun xtau buat.. Buat proposal dan surat pun xtau. Bgmana nak memimpin ni? Jangan lah hanya nak memanaskan atau sekadar mahu menempah nama di ORGANISASI PELAJAR kalau xtau buat keje.. Kalau saya tanye sapa NC, saya pasti ada yg xtau ni... Balik je lah kalau begitu Wahai org YANG CAKAP XSERUPA BIKIN TP TGK MUKA MMG TAU XTAU BIKIN...ibarat "kuman di seberang nampak jelas, gajah depan mata langsung tak nampak".
"dunia oh dunia"
alamak, terpanjang plak...hihihihi!
"...pandang dulu diri sendiri sebelum berkata orang lain... Kalau X, diri sendiri yg malu.... Kalau nak tegur tentang disiplin orang, tengok dulu disiplin sendiri sempurna ka X.... Kalau nak menegur sikap orang, tengok dulu sikap sendiri cukup syarat @ X.... Kalau diri sendiri X sempurna, jangan berlagak pandai... Janganlah JARUM DI SEBERANG LAUT NAMPAK, KAYU BALAK DEPAN DIRI SENDIRI X NAMPAK...."
words that I'M GLAD TO HEAR BY AN MPP!!! thanks JJ... U MADE MY DAY :)
Post a Comment