CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 18, 2008

"Tiupan Bayu Membawa Salam"

"Salam Dihulur Silaturahim Terikat"
Tema yang dipilih untuk program "Tiupan Bayu Membawa Salam" yang telah dijalankan pada 4-8 Jun 2008.....
Program ini sememangnya memanfaatkan dan membawa seribu satu kenangan, terutamanya kepada saya sendiri......
Antara faedah-faedah yang dapat saya nyatakan:
1. Merapatkan silaturahim antara sekretariat-sekretariat Naib Presiden Akademik & Diplomatik
2. Memberi peluang & membuka mata kami di pihak penganjur tentang cara-cara yang lebih berkesan untuk berkomunikasi dan 'deal' dengan IPT luar
3. Mempelajari saluran-saluran yang boleh digunakan untuk membantu dalam menjayakan sesuatu lawatan @ program
4. Mempelajari cara-cara mengurus program & masalah-masalah yang timbul terutamanya yang timbul pada saat-saat terakhir
5. Belajar bersabar dengan pelbagai karenah manusia (Huhuhhu....)

Antara kenangan yang tidak mungkin dilupakan:
1. Lawatan ke Parlimen, & nama PMUMS disebut dalam persidangan Dewan Negara serta disambut dengan tepukan dari ahli-ahli Dewan Negara
2. Lawatan ke UIAM (IIUM), bangunan-bangunan yang menyergam indah & unik
3. Lawatan ke UKM, bilik Persatuan Mahasiswa yang berpusat & tersusun
4. Lawatan ke UiTM, galeri yang teramat indah & 4 buah perpustakaan yang berbeza
5. Lawatan ke Monash, yang menggunakan BI sebagai bahasa medium & cafe yang amat moden serta selesa
6. Lawatan ke UM, perbincangan yang hangat & hebat
7. Lawatan ke KPT, berjumpa dengan 4 orang pegawai penting KPT & mendapat banyak input
8. Lawatan ke Istana Kehakiman (Palace of Justice), rombongan dari Borneo yang pertama melawat ke POJ, & melihat sendiri keadaan serta sistem di dalam badan perundangan
9. UPM sebagai titik pusat program, menyediakan penginapan & pengangkutan bas yang amat memuaskan hati & selesa.. MPP UPM yang ramah & mesra serta mudah diajak berbincang....
10. Berkenalan dengan kawan-kawan dari IPT lain & saling bertukar buah fikiran
11. Merayau dengan kawan-kawan & sesat (Hehehe.....)
Dan banyak lagi.......

Sesungguhnya, program ini merupakan salah satu program yang dapat dijalankan dengan begitu berjaya & amat bermakna bagi diri saya.... Segala manfaat yang didapati dari program ini akan saya gunakan sebaiknya untuk memajukan diri saya & apa-apa kecacatan program ini akan saya jadikan sebagai pedoman untuk saya memperbaiki diri dalam segala aspek.....

Terima kasih & sekalung penghargaan saya rakamkan kepada:
1. Sekretariat-sekretariat yang nakal, Lobo & Awan yang banyak membantu dalam program ini..... Begitu juga dengan Nira yang banyak memberikan idea & buah fikiran....
2. Dato Idris kerana menaikkan nama PMUMS dalam persidangan Dewan Negara
3. Enck. Dinagaran kerana membantu menguruskan lawatan ke Parlimen, KPT & POJ
4. UPM, khasnya En. Malek & MPP UPM atas layanan baik yang diberikan....
5. Tidak lupa juga kepada teman-teman terdekat yang banyak memberi dorongan & sokongan dalam menjayakan program ini.....

Akan saya kenang semuanya...... Thankx.....

1 comments:

天岚月影 said...

thx JJ(dalang), lobo(ketua sindiket), wan(taiko)...
saya dapat melawat banyak ipt ini..dan juga poj, kpt...
dan dapat sesat di kl juga.